MERET hanya mampu menyaksikan bola yang melantun terkena kepalanya masuk ke dalam gawang sendiri. FOTO REUTERS
MERET hanya mampu menyaksikan bola yang melantun terkena kepalanya masuk ke dalam gawang sendiri. FOTO REUTERS
Reuters

Naples: Real Madrid bangkit untuk menang 3-2 pada aksi Kumpulan C Liga Juara-Juara Eropah (EPL) di Napoli, hari ini, selepas bola terkena kepala penjaga gol kelab Itali itu, Alex Meret dan masuk ke gawang sendiri pada babak kedua.

Vinicius Jr dan Jude Bellingham menemui sasaran untuk Real pada babak kedua, sekali gus memadamkan kelebihan jaringan Napoli menerusi tandukan Leo Ostigard.

Sepakan penalti disempurnakan Piotr Zielinski pada awal babak kedua memastikan kedudukan terikat 2-2.

Gol kemenangan Real hadir pada minit ke-78 apabila rembatan padu Federico Valverde dari luar kotak penalti terkena palang sebelum bola melantun terkena kepala Meret dan masuk ke gawang sendiri.

Real kini mendahului Kumpulan C dengan enam mata daripada dua perlawanan iaitu tiga mata di depan Napoli dan Braga manakala Union Berlin di tangga tercorot tanpa mata.

Walaupun agak cemas di hujung perlawanan, Real memulakan aksi dengan bertenaga menerusi ancaman dicetuskan Vinicius dan Bellingham.

Ia adalah perlawanan kedua buat Vinicius selepas kecederaan kaki menyisihkannya lebih dari sebulan dan dia nampak bertenaga dan berganding baik dan menunjukkan keserasian dengan Bellingham.

Kedua-duanya memiliki peluang menjaringkan gol pembukaan, namun Ostigard menanduk masuk gol pendahuluan buat Napoli pada minit ke-19 selepas penjaga gol Real, Kepa Arrizabalaga gagal menumbuk bola keluar.

Bagaimanapun, pasukan pelawat mendahului perlawanan menerusi jaringan Vinicius dan Bellingham dalam tempoh tujuh minit pada babak pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Oktober 2023 @ 8:33 AM