MESSI tetap diperlukan Argentina.
MESSI tetap diperlukan Argentina.
Reuters

Buenos Aires: Lionel Messi mengetuai juara dunia Argentina dalam saingan pembukaan kelayakan Piala Dunia menentang Ecuador dan Bolivia yang juga aksi antarabangsa pertamanya sejak menyertai kelab Major League Soccer Inter Miami.

Skuad 32 pemain kendalian Lionel Scaloni turut menampilkan muka lama termasuk Angel Di Maria yang kembali ke Benfica tahun ini dan pertahanan Nicolas Otamendi.

Mereka disertai beberapa pemain baharu seperti Alan Velasco dari FC Dallas, Bruno Zapelli dan Lucas Esquivel (Athletico Paranaense) dan Lucas Beltran yang baru menyertai Fiorentina di Itali.

Penyerang AS Roma Paulo Dybala dan penjaga gol Ajax Amsterdam Geronimo Rulli terpaksa disisihkan susulan masalah kecederaan.

Argentina menjadi tuan rumah kepada Ecuador di Buenos Aires pada 7 September dan berkunjung ke Bolivia lima hari selepas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 September 2023 @ 8:23 AM