FOTO Reuters
FOTO Reuters

ARGENTINA dan Brazil terikat 1-1, pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018, di Monumental Stadium, Buenos Aires, awal pagi ini.

Ezequiel Lavezzi menjaringkan gol pada minit ke-34 untuk Argentina, tapi Lucas Lima kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-59.

Argentina, yang juga naib juara Piala Dunia tahun lalu, memiliki dua mata daripada tiga perlawanan pusingan kelayakan.

Skuad tuan rumah turun tanpa bintang mereka — Lionel Messi, Sergio Aguero dan Carlos Tevez.

Brazil mempunyai empat mata daripada tiga perlawanan. Mereka menurunkan Neymar yang kembali ke barisan utama selepas penggantungan empat perlawanan.

Ecuador kini mendahului kelompok pasukan Amerika Selatan dengan sembilan mata, diikuti Chile yang mempunyai tujuh mana manakala Uruguay (enam).

Sebelum itu, kedua-dua pasukan dan seluruh stadium senyap kerana memberi penghormatan terhadap mangsa serangan di Paris.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 November 2015 @ 11:01 AM