MESSI (tiga dari kanan) berlatih bersama rakan sepasukan.
MESSI (tiga dari kanan) berlatih bersama rakan sepasukan.
Reuters

Buenos Aires: Argentina lega dengan kepulangan Lionel Messi yang pulih daripada kecederaan selepas menampilkan permulaan kurang pada terhadap kelayakan Piala Dunia 2018 zon Amerika Selatan, kata rakan penyerang Sergio Aguero semalam.

Messi terlepas empat pusingan terawal tahun lalu dengan Argentina finalis Piala Dunia Brazil 2014, hanya mengutip lima mata selepas tewas kepada Ecuador, seri bersama Paraguay dan Brazil serta menang ke atas Colombia bagi meletakkan mereka di tangga keenam dalam kalangan 10 negara bertanding.

“Sungguh lega dapat bermain dengan Messi,” kata Aguero sebaik tiba di Buenos Aires dari Manchester untuk persediaan perlawanan Chile di Santiago awal pagi Jumaat ini dan menentang Bolivia di laman sendiri lima hari kemudian.

“Leo amat penting bagi kami. Jelas sekali kami gembira apabila dia berada di sini kerana seronok dapat bermain bersamanya,” kata Aguero yang tiba dengan rakan sepasukan Manchester City Pablo Zabaleta dan pemain Manchester United Marcos Rojo.

Aguero mengakui terkejut dengan gambar padang di stadium Mario Kempes di Cordoba, yang menjadi medan pertembungan Argentina dan Bolivia yang rosak akibat konsert rock baru-baru ini termasuk Iron Maiden.

Kontraktor bekerja keras untuk memulihkan keadaan padang biarpun keputusan Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) untuk mengadakan perlawanan di seluruh negara daripada hanya mengadakan semua perlawanan di stadium River Plate dibuat sebulan lalu.

“Apabila melihatnya, anda pasti terkejut kerana kami tidak biasa dengannya. Kita akan lihat bagaimana keadaannya dulu,” kata Aguero.

“Seronok dapat bermain di tempat berbeza demi keseronokan penyokong tetapi apabila melihat gambar, anda terfikir,’Apa yang berlaku di sini?’ Ia meninggalkan kesan kepada anda, padang yang semua orang tahu pasukan kebangsaan bermain di sini.”

Empat pasukan teratas kelayakan zon Amerika Selatan selepas 18 pusingan berakhir pada akhir 2017 layak ke pusingan akhir di Russia manakala tempat kelima akan bertarung dalam play-off antara benua.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mac 2016 @ 7:30 AM