HOJLUND bakal ‘ubi muda’ baharu United.
HOJLUND bakal ‘ubi muda’ baharu United.
Agensi

Houston: Manchester United semakin yakin dapat menandatangani penyerang baharu sebelum bermula musim Liga Perdana, menurut sumber kepada ESPN ketika rundingan dengan Atalanta mengenai Rasmus Höjlund, 20, menampakkan petanda positif.

United menegaskan kepada skuad Itali itu mereka sedia membayar €50 juta (RM99 juta) untuk Höjlund. Walaupun masih kurang daripada harga diminta Atalanta tetapi dilaporkan kelab itu boleh bertolak ansur.

United turut berunding dengan Eintracht Frankfurt mengenai Randal Kolo Muani dan Ajax membabitkan Mohammed Kudus bagi memastikan penyerang baharu tiba sebelum perlawanan pertama menentang Wolves di Old Trafford pada 14 Ogos.

Bercakap selepas tewas kepada Real Madrid semalam, Ten Hag berkata: "Kami bekerja keras menandatangani penyerang. Kami gunakan semua saluran yang ada untuk merealisasikannya."

Höjlund kekal pemain berpotensi terbaru bakal ditandatangani mereka dan pengurus Erik ten Hag sudah mula membayangkan peranan baharu Marcus Rashford sebagai penyerang tengah.

Rashford tampak lebih berbahaya beraksi di bahagian kiri tetapi menurut sumber Ten Hag mungkin menurunkan penyerang England itu beraksi lebih kerap di bahagian tengah bagi membolehkan Hojlund menyesuaikan diri dengan kepantasan aksi Liga Perdana.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2023 @ 7:58 AM