KANTE (kanan) berdepan masalah perubatan ketika melakukan ujian di kelab berkenaan. FOTO AFP
KANTE (kanan) berdepan masalah perubatan ketika melakukan ujian di kelab berkenaan. FOTO AFP
AFP

Riyadh: Perpindahan pemain tengah Perancis yang memenangi Piala Dunia, N'Golo Kante ke kelab Arab Saudi, Al-Ittihad terbantut disebabkan masalah ujian perubatan, kata sumber kelab berkenaan kepada AFP.

Kante, 32, mempunyai sejarah kecederaan dan terlepas enam bulan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini bersama Chelsea kerana masalah hamstring.

Sumber Al-Ittihad berkata Kante menandatangani perjanjian tetapi kelab itu sedang meneliti keputusan ujian perubatan sebelum bersetuju dengan perjanjian muktamad.

Kelab yang berpangkalan di Jeddah itu secara rasmi mengumumkan pemenang Ballon d'Or Perancis berusia 35 tahun, Karim Benzema sebagai pemain terbesar dalam sejarah mereka.

"Kante menandatangani perjanjian tetapi bukan kontrak muktamad," kata sumber itu.

"Kami masih menyemak keputusan pemeriksaan kesihatan. Dia mempunyai sejarah kecederaan yang panjang dan kami mahu berhati-hati sebelum menandatangani kontrak besar."

Perpindahan Benzema dilakukan selepas bintang Portugal, Cristiano Ronaldo menyertai Al-Nassr Arab Saudi pada Januari.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Jun 2023 @ 10:51 AM