MESSI dikatakan bakal berhijrah ke Amerika Syarikat. FOTO Reuters
MESSI dikatakan bakal berhijrah ke Amerika Syarikat. FOTO Reuters
Reuters

London: Lionel Messi akan menolak kontrak lumayan di Arab Saudi dan berpindah ke kelab Major League Soccer (MLS), Inter Miami selepas berpisah dengan juara Perancis, Paris St Germain (PSG), lapor BBC.

Messi, yang bermain perlawanan terakhirnya untuk PSG pada hujung minggu lalu, juga dikaitkan dengan kepulangan ke Barcelona tetapi kelab Sepanyol itu terikat dengan peraturan kewangan.

Sekiranya perjanjian dengan Miami diteruskan, pemain Argentina berusia 35 tahun itu akan bermain di luar Eropah buat kali pertama sejak dia menyertai akademi Barca pada usia 13 tahun dan menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab Sepanyol itu dengan 672 gol.

Messi, yang membawa Argentina menjuarai Piala Dunia di Qatar pada Disember lalu dan memperoleh tujuh anugerah Ballon d'Or, memenangi gelaran Ligue 1 dalam dua musim bersama PSG serta Piala Super Perancis pada 2022.

Penyerang itu turut dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al-Hilal selepas dia menerima tawaran surat tawaran rasmi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Jun 2023 @ 10:34 PM