ERIK Ten Hag. FOTO AFP
ERIK Ten Hag. FOTO AFP
AFP

London: Erik ten Hag mengakui layak ke Liga Juara-Juara adalah penting untuk projeknya di Manchester United ketika persaingan untuk kedudukan empat teratas liga semakin sukar.

Skuad Ten Hag kekal di kedudukan keempat walaupun mempamerkan aksi goyah baru-baru ini yang memberi harapan baharu kepada Liverpool untuk menyambar tiket Eropah.

United akan berkunjung ke Bournemouth, esok dengan mendahului satu mata berbanding Liverpool di tempat kelima, yang akan menentang Aston Villa.

United masih berbaki tiga perlawanan berbanding hanya dua perlawanan untuk Liverpool.

Bagaimanapun Ten Hag sedar kekalahan menentang Brighton dan West Ham sebelum kemenangan mereka ke atas Wolves hujung minggu lalu menyaksikan harapan untuk layak ke Liga Juara-Juara agak terjejas.

Justeru beliau mengingatkan barisan pemainnya mengenai kepentingan untuk menamatkan saingan di kedudukan empat teratas.

"Apabila saya melihat projek ini, pertama sekali adalah penting untuk beraksi di Liga Juara-Juara.

"Kami perlu menang untuk layak ke Liga Juara-Juara. Kami mempunyai segala-galanya tangan, jadi perlu fokus kepada perlawanan seterusnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2023 @ 8:24 PM