PEMAIN City meraikan kemenangan ke atas Fulham. FOTO Reuters
PEMAIN City meraikan kemenangan ke atas Fulham. FOTO Reuters
Reuters

London: Manchester City meraih kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kali sejak Februari, manakala Erling Haaland meraih satu lagi pencapaian selepas menang 2-1 ke atas Fulham.

Ia mengambil masa hanya tiga minit buat Haaland untuk menyamai rekod jaringan apabila meledak gol ke-34 dalam EPL dalam penampilan sulung di England selepas pemain antarabangsa Norway itu menyempurnakan penalti.

Ia membolehkan dia menyamai pencapaian jaringan semusim EPL yang diraih Alan Shearer dan Andy Cole.

City kembali diikat pada minit ke-15 apabila Carlos Vinicius melepaskan rembatan menumpaskan Ederson tetapi mereka bertindak balas dengan mencipta beberapa peluang.

Percubaan Jack Grealish dinafikan palang sebelum penyerang Argentina, Julian Alvarez meledak gol kemenangan dengan menewaskan Bernd Leno hasil rembatan kaki kanan dari luar petak penalti.

Mereka sekarang ini di tangga teratas dengan mengumpul 76 mata dengan memiliki kelebihan satu perlawanan, manakala Arsenal 75 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 April 2023 @ 11:26 PM