PAN-gon pada sidang media menjelang perlawanan persahabatan Antarabangsa Tier 1 menentang Turkmenistan, esok. FOTO Bernama
PAN-gon pada sidang media menjelang perlawanan persahabatan Antarabangsa Tier 1 menentang Turkmenistan, esok. FOTO Bernama
Rizar Mohd Noor


Johor Bahru: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon optimis barisan pemain yang bakal diturunkan menentang Turkmenistan pada aksi persabahatan antarabangsa Tier-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok mampu menjelmakan kemenangan.

Pengendali dari Korea Selatan itu berkata, Turkmenistan tampak beriya-iya mahu menebus kehampaan mereka selepas tewas 1-3 pada aksi kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun lalu,

"Kenapa Turkmenistan jadi pilihan adalah selepas kami menerima tawaran pasukan itu untuk bermain menentang Harimau Malaya dan mungkin mereka ingin membalas dendam selepas tewas 1-3 pada aksi Kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun lalu.

"Mungkin mereka mahu membuktikan betapa mereka lebih baik daripada Malaysia dan kami sedia untuk menentang mereka buat kali kedua malah kami juga ingin membuktikan kepada mereka yang kami mahu buktikan yang kami juga lebih baik," katanya.

Pan-gon menegaskan aksi Harimau Malaya dan Turkmenistan bakal menjanjikan perlawanan yang menarik malah menuntut pemain skuad kebangsaan bersikap fleksibel dan memberi komitmen tinggi.

"Saya mahu menunjukkan kepada pasukan lawan bahawa falsafah bola sepak yang ada pada Harimau Malaya berkualiti dan setiap pemain yang bakal diturunkan tidak perlu goyah sebaliknya beraksi mengikut arahan taktikal yang diterapkan sepanjang latihan di Johor Bahru," katanya.

Diitanya mengenai aksi perlawanan yang diadakan pada bulan Ramadan, Pan Gon menjelaskan tiada kesukaran yang dihadapi oleh pemain yang menjalankan ibadah puasa kerana barisan kejurulatihan merangka pemakanan yang sesuai untuk mereka.

Katanya, setiap pemain yang bakal dturunkan bersikap profesional dan memilik kekuatan mental yang tinggi walaupun sedar ia tampak sukar tatkala mereka beraksi selepas mengharungi tempoh berpuasa.

"Pengambilan nutrisi yang baik perlu buat pemain dan semunya kami sudah sediakan untuk memastikan pemain tidak keletihan apabila beraksi di padang nanti malah pemain juga bersikap posiitf dan bekerjasama dengan baik," kata Pan-gon.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mac 2023 @ 2:00 PM