AKSI Liga Super antara Sri Pahang dan Perak semalam. FOTO Bernama
AKSI Liga Super antara Sri Pahang dan Perak semalam. FOTO Bernama
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Pengendali Sri Pahang FC Fandi Ahmad mengakui barisan pemainnya belum beraksi pada tahap terbaik walaupun berjaya merakam kemenangan 3-0 bertemu Perak FC di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.

Fandi berkata, anak buahnya masih lagi tidak konsisten sepanjang tempoh 90 minit permainan hingga memberi ruang dan peluang kepada lawan melancarkan serangan berbahaya ke kubu lawan.

Katanya, situasi terbabit dilihat berbahaya jika tidak ditangani segera sekali gus menyebabkan skuad Tok Gajah boleh kehilangan mata pada perlawanan akan datang.

"Secara keseluruhan semuanya bermain baik namun tiada konsisten sepanjang tempoh perlawanan sekali gus ada ruang kepada lawan untuk menjaringkan gol.

"Saya mengharapkan beberapa tonggak utama pasukan dapat beraksi kembali dan berada pada tahap terbaik untuk pastikan kita terus meraih keputusan positif," katanya.

Pada perlawanan malam tadi, menyaksikan skuad Bos Gaurus yang beraksi dengan 10 pemain tewas 3-0 kepada Sri Pahang FC.

Nasrol menjadi pemain keempat skuad Perak FC dilayangkan kad merah dalam (Liga Malaysia) Liga M musim ini sekali gus merencatkan perancangan skuad Bos Gaurus untuk memperbaiki kedudukan Liga Super.

Pada aksi terbabit menyaksikan gol Sri Pahang FC disumbangkan Kpah Sherman, Sfefano Brundo dan Muhammad Zuhair Aizat Mohd Nazri.

Sementara itu, Fandi mengakui pasukannya mempunyai kelebihan apabila Perak FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada perlawanan itu.

"Hilang seorang pemain sudah tentu merencatkan perancangan dan pemain Sri Pahang bijak mengambil peluang itu dengan mengasak kubu lawan untuk mencari lebih banyak gol," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mac 2023 @ 4:05 PM