GUARDIOLA (kiri) yakin Haaland masih gembira di City. FOTO AFP
GUARDIOLA (kiri) yakin Haaland masih gembira di City. FOTO AFP
AFP

London: Ketika Erling Haaland dikerumuni rakan sepasukannya di Manchester City, senyuman lebar bintang Norway itu memberi keyakinan baharu kepada Pep Guardiola bahawa penyerang idamannya masih gembira di kelab itu menjelang pertembungan penentu Liga Juara-Juara dengan RB Leipzig Rabu ini.

Selepas Haaland menjaringkan penalti di lewat permainan ketika mengalahkan Crystal Palace 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dia memberi tindak balas dengan dengan gelungsur penuh kegembiraan di padang Selhurst Park yang dibasahi hujan.

"Cara dia meraikan gol dan bersama rakan-rakannya menunjukkan betapa gembiranya dia di sini dan bagaimana kami bersamanya dan keperibadiannya," kata Guardiola.

"Dia tidak menjaringkan satu atau dua gol dan pergi, oh dia tidak sama! Dia sentiasa ada jadi jumlah jaringan sentiasa bercakap untuk dirinya.

"Salah satu sifat terbesar yang saya dapati mengenainya ketika bekerja bersama adalah ketika melepaskan satu atau dua peluang, dia tidak tertekan, dia tidak sedih.

"Dia berfikiran positif, dia tahu dia akan mempunyai peluang, dia tahu dia akan berada di sana. Dan ini adalah sifat yang luar biasa sebagai pemain bola sepak."

Terdapat laporan bahawa Paris Saint-Germain dan Real Madrid sedang merancang tawaran berani untuk Haaland selepas musim berakhir namun reaksi gembira pemain berusia 22 tahun itu adalah apa yang diinginkan Guardiola.

Haaland menjaringkan 28 gol dalam EPL dan menjaringkan 34 gol dalam semua pertandingan sejak tiba dari Borussia Dortmund Mei lalu.

Dia kekal di landasan untuk memecahkan rekod gol EPL untuk satu musim, dipegang bersama oleh Alan Shearer dan Andy Cole, yang masing-masing menjaringkan 34 gol untuk Blackburn dan Newcastle.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mac 2023 @ 12:01 PM