HAALAND (kiri) berbual dengan Jack Grealish ketika latihan skuad Manchester City. FOTO Reuters
HAALAND (kiri) berbual dengan Jack Grealish ketika latihan skuad Manchester City. FOTO Reuters
Reuters

Manchester: Secara berjenaka, pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata, dia mahu penyerangnya, Erling Haaland mengurangkan makan dan minum ketika rehat Piala Dunia sebelum kembali cergas untuk memburu trofi selepas itu.

Haaland yang menjaringkan 22 gol daripada 15 perlawanan dalam semua kejohanan setakat ini tidak akan berada di Qatar dari 20 November hingga 18 Disember kerana skuad kebangsaan Norway tidak layak ke Piala Dunia.

"Dia akan berada di Marbella atau Norway. Ia bergantung kepada sikapnya di Marbella mengenai bagaimana prestasinya pada separuh akedua musim ini," kata Guardiola.

"Dia akan bermain gol, dengan harapan tidak makan dan minum terlalu banyak sebelum kembali semula bersama pasukan dengan cergas.

"Dia memang bijak dan sebahagian daripadanya adalah etika kerjanya. Dia adalah pemain pertama yang sampai dan yang terakhir balik. Dia menjaga badannya sebaik mungkin, berpengetahuan untuk hidup sebagai pemain profesional serta sentiasa mahu menjadi lebih baik.

"Saya tidak pasti betapa bagus dia bergerak dalam ruang sempit dalam kotak penalti, dia menjaringkan banyak gol dalam kotak penalti."

City akan menentang bekas kelab Haaland, Borussia Dortmund pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada awal pagi esok dan sudah layak ke pusingan kalah mati dan hanya perlu seri di Westfalenstadion untuk menduduki tangga teratas Kumpulan G.

Anak buah Guardiola mara ke pusingan kalah mati ketika berbaki dua perlawanan selepas mengutip 10 mata daripada 10 perlawanan awal, manakala Dortmund di tempat kedua dengan tujuh mata.

Dalam aksi di Manchester sebelum ini, Haaland menjaringkan gol akrobatik pada hujung perlawanan ketika City bangkit daripada ketinggalan menyebabkan pengurus Dortmund, Edin Terzic menyanjung penyerang itu yang menjaringkan 86 gol daripada 89 penampilan untuk kelab Bundesliga itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Oktober 2022 @ 11:50 AM