BELLINGHAM (kiri) anggap keputusan pengadil memeberikan sepakan penalti kali kedua satu jenaka. FOTO AP
BELLINGHAM (kiri) anggap keputusan pengadil memeberikan sepakan penalti kali kedua satu jenaka. FOTO AP
Reuters

London: Keputusan untuk membenarkan Kai Havertz mengambil semula sepakan penalti adalah satu 'jenaka' jelas pemain tengah Borussia Dortmund, Jude Bellingham selepas Chelea menyingkirkan kelab Jerman itu dari saingan Liga Juara-Juara.

Dortmund menang perlawanan pertama di laman sendiri 1-0 namun jaringan separuh masa pertama Raheem Sterling dan penalti kontroversi Havertz menyaksikan mereka kalah 0-2.

Kekalahan perlawanan kedua di Stamford Bridge itu menyaksikan mereka tersingkir di saingan 16 terakhir dengan agregat 2-1.

Chelsea dihadiahkan sepakan penalti pada separuh masa kedua selepas hantaran lintang Ben Chilwell terkena tangan pertahanan Dortmund, Marius Wolf.

Sepakan yang diambil Havertz terkena tiang namun penalti itu perlu diambil sekali lagi selepas Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesan pemain Dortmund menerpa terlebih awal.

Sepakan kedua menyaksikan Havertz berjaya menjaringkan gol seterusnya membantu Chelsea mara ke suku akhir.

"Saya tidak pasti apa lagi yang boleh dia lakukan dengan tangannya," kata Bellingham kepada BT Sport, merujuk kepada Wolf.

"Itu sendiri sudah mengecewakan dan ketika mereka diarahkan mengambil semula sepakan, saya fikir ia adalah satu jenaka.

"Untuk setiap penalti, terutamanya apabila anda mempunyai larian yang begitu perlahan, akan ada orang yang menerpa awal ke dalam kotak penalti. Beliau membuat keputusan dan kami perlu menerimanya."

Jurulatih Dortmund, Edin Terzic berkata pasukannya tidak akan merungut.

"Jika mengambil masa kira-kira lima atau enam minit maka bukan mudah untuk membuat keputusan," kata Terzic.

"Tetapi sebagai pengurus pasukan, saya bertanggungjawab ke atas prestasi pasukan dan kakitangan, tetapi bukan prestasi pengadil. Kami tidak banyak bercakap mengenai pengadil minggu lalu dan kami tidak akan memulakannya malam ini."

"If a decision takes about five or six minutes then it's not easy to make a call," Terzic said.

"But as the manager of the team, I'm responsible for the performance of the team and staff, but not the performance of the referee. We didn't speak about the referee a lot last week and we won't start with that tonight."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2023 @ 11:18 AM