MBAPPE bintang sensasi Perancis.
MBAPPE bintang sensasi Perancis.
Agensi

Doha: Ketika nama Kylian Mbappe antara yang paling paling popular di media sosial sejak akhir-akhir ini susulan prestasi cemerlang di Piala Dunia 2022, turut menjadi trending ialah nama Ines Rau yang ada kaitan dengan bintang Les Bleus itu.

Sejak beberapa bulan lalu, Mbappé dikatakan mempunyai hubungan dengan Ines Rau, model transgender dan bekas penghias muka depan majalah sensasi terkenal.

Media di Itali dan Perancis terutamanya mengikuti kisah Mbappe dan Ines, model berusia 32 tahun yang dilahirkan sebagai lelaki tapi bertukar jantina pada usia 16 tahun.

Dia meningkat naik dalam dunia peragawati dan menjadi transgender wanita pertama menghiasai majalah lelaki secara terbuka pada 2017.

Setahun kemudian, Ines menerbitkan autobiografinya 'Woman' yang antara lain dia mengesahkan menjalani pembedahan jantina ketika berusia 16 tahun.

Walaupun hubungan Mbappe atau Ines masih menjadi tanda tanya, namun sejak beberapa bulan lalu tersebar di media sosial, foto intim mereka berdua di atas kapal layar sambil berbual mesra malah bintang PSG itu mendukung Ines.

Dalam akaun Instagramnya, Ines Rau mempunyai lebih satu juta pengikut dan beberapa fotonya sebagai model mencuri perhatian ramai.

Dia pastinya teruja menyaksikan final Piala Dunia di Stadium Lusail malam esok apabila Mbappe dan Perancis yang memburu gelaran ketiga dan kedua berturut-turut berdepan Argentina diketuai Lionel Messi yang turut mempunyai misi sama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Disember 2022 @ 5:47 PM