MBAPPE enggan lanjut kontrak bersama PSG.
MBAPPE enggan lanjut kontrak bersama PSG.
Agensi

Paris: Kylian Mbappé tidak akan terbabit dengan aksi pembukaan Ligue 1 Paris Saint-Germain menentang Lorient di Parc des Princes Sabtu ini, menurut sumber kepada ESPN.

Pemenang Piala Dunia 2018 itu tidak berlatih bersama skuad utama pasukan di bawah kendalian pengurus baharu Luis Enrique susulan kemelut kontraknya dengan kelab.

Menurut sumber ESPN, Mbappé mungkin tersisih semua aksi PSG pada Ogos menentang Lorient, Toulouse dan Lens sebagai hukuman ke atas pemain itu.

Mbappé baru-baru ini memberitahu PSG dia tidak akan melanjutkan kontrak dan bercadang meninggalkan kelab dengan yuran percuma pada Jun 2024.

Pemain Perancis itu kemudiannya disisihkan daripada menyertai jelajah pramusim ke Jepun dengan presiden kelab Nasser Al-Khelaifi menggesa sama ada dia bersetuju dengan kontrak baharu melepasi Jun 2024 atau setuju dengan perpindahan pada musim panas ini.

Penyerang itu hanya berlatih dengan skuad yang mengandungi pemain 'tidak dikehendaki atau bakal dijual' termasuk Leandro Paredes, Georginio Wijnaldum dan Julian Draxler.

Al Hilal satu-satunya kelab yang membuat tawaran rasmi keapda Mbappe namun dia lebih berminat berpindah ke Real Madrid.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Ogos 2023 @ 10:03 PM