SUMPAHAN penyandang juara tidak berlaku ke atas Perancis. FOTO AP
SUMPAHAN penyandang juara tidak berlaku ke atas Perancis. FOTO AP
AFP

Doha: Jurulatih Perancis, Didier Deschamps mengakui beliau tidak pernah bimbang pasukannya menjadi penyandang juara yang terbaru tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia selepas mereka menjadi pasukan pertama layak ke pusingan 16 akhir.

Penyandang juara itu meneruskan rentak cemerlang menang aksi pembukaan 4-1 ke atas Australia dengan mencatat kemenangan kedua 2-1 mengalahkan Denmark hasil dua gol disumbangkan Kylian Mbappe.

Ia menyaksikan Perancis meraih enam mata selepas dua perlawanan dan dilihat bersedia untuk menjuarai Kumpulan D, dengan hanya memerlukan keputusan seri pada aksi terakhir berdepan Tunisia.

Ia bagaikan sumpahan pada tiga edisi Piala Dunia sebelum ini apabila penyandang juara terkandas di peringkat kumpulan.

Statistik itu sudah diingatkan kepada Deschamps sebelum kejohanan, terutamanya ketika kecederaan yang menimpapemain utama termasuk Karim Benzema dan N'Golo Kante.

"Selepas ini saya harus berterima kasih kepada semua orang yang bercakap mengenai perkara itu," kata Deschamps.

Itali adalah penyandang juara ketika mereka tersingkir di peringkat kumpulan pada 2010, nasib yang sama menimpa Sepanyol pada 2014 dan Jerman empat tahun kemudian.

"Saya tidak pernah risau, walaupun anda tahu mengenai suasana di dalam skuad yang tidak pernah tenang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2022 @ 9:07 AM