HERNANDEZ mengalami kesakitan ketika menentang Australia.
HERNANDEZ mengalami kesakitan ketika menentang Australia.
Reuters

Al Wakrah, Qatar: Misi Lucas Hernandez di Piala Dunia berakhir lebih awal selepas pertahanan Perancis itu mengalami kecederaan lutut ketika juara bertahan menewaskan Australia 4-1 dalam aksi Kumpulan D, menurut Persekutuan Bola sepak Perancis (FFF) hari ini.

FFF mengesahkan kepada Reuters laporan awal daripada L'Equipe bahawa Hernandez mengalami kecederaan di ligamen lutut dan terpaksa melupakan saingan baki perlawanan.

"Dia perlu beberapa ujian lagi tetapi nampak agak serius. Ada kesan lebam besar," kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps selepas tamat perlawanan.

Hernandez dikeluarkan selepas mengalami kecederaan ketika diasak Mathew Leckie yang kemudiannya menghantar bola kepada Craig Goodwin untuk jaringan pembukaan Australia.

Perancis mendahului Kumpulan D dengan tiga mata, dua mata di depan Tunisia dan Denmark yang seri tanpa jaringan semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2022 @ 8:55 AM