Virgil van Dijk (kanan) menjalani kecederaan serius. FOTO AFP
Virgil van Dijk (kanan) menjalani kecederaan serius. FOTO AFP
Agensi

London: Jamie Carragher percaya Liverpool perlu berbelanja pada jendela perpindahan Januari ini selepas kehilangan khidmat Virgil van Dijk kerana kecederaan lutut yang serius.

Pertahanan Belanda itu, terpaksa keluaran pada separuh masa pertama ketika The Reds seri 2-2 dalam pertembungan tetangga Merseyside selepas terkena terjah lewat penjaga gol Everton, Jordan Pickford.

Van Dijk disahkan mengalami kecederaan serius dan dilaporkan bakal direhatkan hampir sepanjang musim ini.

Carragher bekas legenda Liverpool itu membayangkan persaingan liga masih terbuka ketika The Reds memerlukan jeneral di barisan pertahanan jika mahu mempertahankan kejuaraan.

Memberitahu kepada Sky Sports: "Saya rasa persoalan besar yang anda lihat sekarang ialah bolehkah Liverpool memenangi liga tanpa Van Dijk?

"Terdapat tiga atau empat pemain dalam setiap pasukan yang memenangi gelaran -- atau pasukan yang berpendapat mereka boleh merangkul gelaran -- sekiranya salah seorang pemain itu tiada, tidak kira seberapa baik pengurus anda, tidak kira seberapa besar pasukan anda, anda tidak boleh mengisi kekosongan mereka. Mereka luar biasa.

"Saya masih berasakan pada awal musim ini bahawa Liverpool adalah pasukan yang harus dikalahkan. Dengan Van Dijk tiada hampir sepanjang musim ini, semua akan tertumpu kepada Liverpool.

"Liverpool perlu mendapatkan pemain Januari ini, bukan hanya kerana kecederaan Van Dijk tetapi Liverpool masih lemah di posisi itu."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2020 @ 2:17 PM