Metro/Esme Jo

JAMIE Carragher menyatakan tidak berasa tertarik dengan ‘sikap mementingkan diri dan tamak’ dipamerkan oleh Mohamed Salah ketika Liverpool menang 2-1 ke atas Fulham, semalam.

The Reds menewaskan pasukan barat London itu 2-1 hasil jaringan Sadio Mane dan James Milner selepas Ryan Babel mencemaskan benteng skuad Merseyside itu menerusi gol penyamaan pada babak kedua.

Salah yang tidak berada pada tahap terbaiknya, terlepas beberapa peluang dan masih gagal mendapatkan sebarang gol selepas tujuh perlawanan.

Carragher yang juga bekas pemain Liverpool mengakui biarpun dia melakukan banyak perkara hebat bersama Liverpool sejak tiba dari Roma tetapi dia juga perlu bermain sebagai satu pasukan.

“Dia mementingkan diri sendiri dan tamak, tiada keraguan,” kata Carragher kepada Sky Sports.

“Rekodnya bersama Liverpool sangat cemerlang dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menjaringkan gol dan mencipta peluang.

“Tiada siapa yang terbabit dalam banyak sumbangan gol musim ini kecuali dia yang sentiasa memberikan tekanan berterusan”.

“Bagaimanapun, dia tidak memperdulikan rakan sepasukan lain dua atau tiga kali walaupun boleh melakukan lorongan.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2019 @ 5:41 PM
Carragher (kiri) akui tidak tertarik dengan sikap dipamerkan oleh Salah di atas padang. FOTO REUTERS/AFP
Carragher (kiri) akui tidak tertarik dengan sikap dipamerkan oleh Salah di atas padang. FOTO REUTERS/AFP