JESUS meraikan jaringan ketiganya ketika menentang Sevilla.
JESUS meraikan jaringan ketiganya ketika menentang Sevilla.
Agensi

London: Gabriel Jesus meneruskan permulaan cemerlangnya di utara London selepas menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit ketika menentang Sevilla dalam aksi Piala Emirates hari ini.

Jesus berpindah ke Arsenal dari Manchester City dan bintang Brazil itu pantas menunjukkan kepada City betapa mereka akan terasa kehilangannya

Dia hanya memerlukan 13 minit untuk meletakkan namanya dalam senarai penjaring selepas mudah menolak bola masuk dari jarak dekat.

60 saat kemudian, Jesus sekali lagi yang tidak dikawal tiada masalah meledak gol keduanya.

Penyokong Arsenal pantas memuji wira baharu mereka di media sosial.

Seorang peminat dalam Twitter berkata: "Kami sebenarnya memiliki penyerang berwibawa, tiada lagi derita akibat [Alexandre] Lacazette."

"Gabriel Jesus akan menjadi pemain terbaik dibeli Arsenal dalam tempoh sedekad," menurut seorang lagi manakala peminat yang lain berkata: "Saya fikir Arsenal berjaya mendapatkan kembali Thierry Henry dengan adanya Gabriel Jesus, dia menjadi ancaman kepada Sevilla belakang, depan, kiri dan kanan!"

Peminat keempat dalam Twitternya pula berkata: "Gabriel Jesus mungkin pemain terbaik ditandatangani musim ini dan dia akan menunjukkan mengapa dia pemain bertaraf dunia. Ia musim yang sangat panjang!"

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Julai 2022 @ 9:57 PM