JESUS tiada dalam senarai Tite. -FOTO Reuters
JESUS tiada dalam senarai Tite. -FOTO Reuters
Agensi

London: Trio Arsenal, Gabriel Martinelli, Gabriel Magalhaes dan Gabriel Jesus tidak dipanggil untuk menyertai skuad Brazil menjelang perlawanan persahabatan menentang Ghana dan Tunisia akhir bulan ini.

Ketiga-tiga mereka adalah sebahagian daripada skuad Brazil Jun lalu ketika perlawanan persahabatan menentang Korea Selatan dan Jepun biarpun pertahanan tengah Gabriel tidak beraksi di kedua-dua perlawanan kerana kecederaan paha dan masih belum membuat penampilan pertama bersama skuad seniornya.

Jesus dan Martinelli sama-sama mempamerkan aksi mengagumkan untuk The Gunners setakat ini dengan menjaringkan dua gol dan dua kali membantu sejak berpindah dari Manchester City pada musim panas lalu.

Namun tiada seorang pun daripada tiga pemain itu akan beraksi bersama Brazil untuk dua perlawanan terakhir mereka sebelum Piala Dunia bermula November ini.

Tite menjelaskan mengapa Jesus tidak disenaraikan selepas dia memilih 25 pemain untuk perlawanan berkenaan.

"Gabriel Jesus, khususnya sedang berseronok dalam perbalahan. Sudah tentu ya," kata Tite.

"Panggilan antarabangsa ini memberi peluang kepada yang lain. Serta pemain lain dalam konteks yang sama.

"Mengenai jumlah penyerang, bola sepak adalah untuk mencipta, menjaringkan dan kemantapan pertahanan. Jika anda lari daripada ciri-ciri ini, anda akan kalah.

"Titik keseimbangan ini sangat sukar dalam sesebuah pasukan dan kami sedang mencarinya. Jumlah penyerang ini tidak ditentukan. Kepelbagaian pemain adalah penting."

Brazil akan menentang Ghana pada 23 September di Le Havre, Perancis dan Tunisia di Paris tiga hari kemudian.

Pada Piala Dunia, Brazil berada dalam Kumpulan G bersama Cameroon, Serbia dan Switzerland.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2022 @ 10:17 AM