JESUS diketepikan Arsenal sejak 24 Oktober namun dipanggil kuatkan Brazil. -FOTO NSTP
JESUS diketepikan Arsenal sejak 24 Oktober namun dipanggil kuatkan Brazil. -FOTO NSTP
Agensi

London: Gabriel Jesus dikhabarkan akan diturunkan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Brazil menentang Argentina minggu depan dan perkara itu sangat mengecewakan Arsenal.

Pemain berusia 26 tahun itu dipanggil oleh Selecao untuk tugasan antarabangsa walaupun tidak beraksi sejak mengalami kecederaan hamstring di Sevilla pada 24 Oktober.

Pengendali Gunners, Mikel Arteta awal bulan ini berkata, bahawa bekas penyerang Manchester City terpaksa menghabiskan 'minggu-minggu' di tepi padang.

Walaupun dia boleh kembali beraksi lebih awal daripada yang diharapkan oleh Arsenal, namun pengurus Brazil Fernando Diniz membayangkan dia mampu untuk beraksi bersama Brazil.

Namun pertembungan menentang Colombia mungkin terlalu cepat untuk Jesus, namun bekas juara Piala Dunia itu menjangkakan Jesus boleh di bawa ke Maracana menentang Argentina pada 22 November.

Bercakap dalam sidang akhbar pra-perlawanannya, Diniz menyatakan bahawa sekiranya Jesus lulus ujian kecergasan, dia akan dipertimbangkan untuk diturunkan.

Diniz berkata: "Kebimbangan saya adalah dengan Gabriel. Kami membawanya ke sini atas beberapa sebab dan ia penting baginya.

"Dia adalah salah seorang pemain, yang walaupun ketika kami bermain di bawah standard kami menentang Uruguay, dia berjaya memberi impak positif dalam permainan.

"Ia adalah perlawanan yang sangat sukar tetapi dia tiba di sana dan bermain dengan baik. Dia membantu kami mengekalkan kedudukan kami dan mencipta kesukaran, kadang-kadang secara individu.

"Saya mempercayai pemain itu dan dia berada di sini, saya berpuas hati. Dia tidak datang ke sini tanpa perancangan. Dia berkata dia berasa baik dan sudah melakukan perkara tertentu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2023 @ 11:44 AM