KLOPP bertegang urat dengan Pawson.
KLOPP bertegang urat dengan Pawson.
Agensi

London: Pemilihan Craig Pawson sebagai pengadil ketika Liverpool menentang Man City dalam perlawanan Perisai Komuniti hujung bulan ini kurang disenangi Jurgen Klopp.

City dan Liverpool kembali bertarung di Stadium King Power pada 30 Julai selepas Wembley tidak dapat digunakan susulan penganjuran Euro Wanita dengan kedua-dua kelab memburu kemenangan moral pertama.

Pawson akan menjadi tumpuan mengendalikan perlawanan walaupun Klopp tidak berpuas hati dengannya sebelum ini susulan kekalahan Liverpool di West Ham musim lalu.

Kekalahan itu menamatkan rekod tanpa kalah The Reds yang turut menyaksikan beberapa keputusan kontroversi pengadil.

Selepas membenarkan jaringan West Ham ketika menewaskan Liverpool 3-2 walaupun jelas penjaga gol Alisson dikasari, Klopp menuduh Pawson menyorok di belakang VAR (video pengadil bantuan).

Pawson hanya dua kali mengadili perlawanan Liverpool dalam aksi Liga Perdana musim lalu termasuk ketika menewaskan Leeds United 3-0 di Elland Road.

City dan Liverpool hanya sekali bertemu dalam aksi Perisai Komuniti sejak beberapa tahun lalu iaitu pada 2019 dan skuad Pep Guardiola memenanginya menerusi penentuan penalti.

Bagaimanapun Liverpool muncul juara Liga Perdana musim itu dengan City hanya menjuarai Piala Liga.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Julai 2022 @ 12:37 PM