KLOPP sokong sistem VAR. FOTO/AFP
KLOPP sokong sistem VAR. FOTO/AFP
AFP

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan dia masih ‘peminat’ sistem kontroversi Video Bantuan Pengadil (VAR) meskipun skuad kendaliannya tumbang 3-2 kepada West Bromwich Albion di pusingan empat Piala FA.

Pengadil perlawanan, Craig Pawson menggunakan sistem berkenaan tidak kurang lapan kali pada perlawanan di Anfield, awal pagi tadi dengan VAR diuji buat pertama kali bagi kejohanan piala musim ini.

Tiga daripada rujukannya, kesemuanya pada babak pertama terbukti memainkan peranan penting ketika Pawson dan pengendali VAR, Andre Marriner yang berpangkalan di London tidak mengesahkan gol West Brom, memberikan Liverpool penalti dan kemudian membenarkan gol pelawat.

“Saya fikir adalah normal yang ia akan mengubah sesuatu,” kata Klopp. “Adakah baik ketika West Brom meraikan jaringan, anda berkata kepada mereka ia bukannya gol? Tidak, tetapi saya fikir adalah penting jika gol itu tidak dibenarkan, ia tidak dibenarkan.

“Secara normal selepas perlawanan saya perlu menjelaskan kepada kamu (media) kekalahan yang tidak sepatutnya saya lalui kerana kami tidak mendapat penalti atau mereka menjaringkan gol yang lain.

FIRMINO (kanan) jaring gol pertama Liverpool. FOTO/AFP
FIRMINO (kanan) jaring gol pertama Liverpool. FOTO/AFP

“Keadaan cuaca sejuk pada Januari dan untuk perlawanan ditangguhkan ketika cuaca sejuk, terutama untuk pemain? Mungkin tidak.

“Tetapi ia akan menjadi lebih lancar dan pantas pada masa depan,” kata pengendali dari Jerman itu.

Daripada tiga keputusan yang dibuat VAR, dua daripada memberi manfaat kepada Liverpool dan mereka berkemungkinan mencatat kekalahan lebih teruk jika ia tidak digunakan.

Selepas jaringan pembukaan Liverpool oleh Roberto Firmino, West Brom menyamakan kedudukan menerusi Jay Rodriguez yang kemudian menggandakan kedudukan selepas 11 minit permainan berlangsung.

Pelawat menambah gol ketiga menerusi jaringan sendiri Joel Matip susulan cubaan Craig Dawson juga menerusi VAR yang mengesahkan Rodriguez tidak berada dalam keadaan ofsaid pada lewat babak pertama sebelum Salah menjaringkan gol kedua Liverpool.

Sekali pun menang, bos West Ham Alan Pardew tampak kurang gembira dengan apa yang dilihatnya pada perlawanan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 January 2018 @ 12:10 PM