KLOPP gembira selepas Liverpool raih tiga mata penuh atasi West Ham. -FOTO AFP
KLOPP gembira selepas Liverpool raih tiga mata penuh atasi West Ham. -FOTO AFP
AFP

Liverpool: Jurgen Klopp berharap kemenangan 1-0 ke atas West Ham akan lebih diingati pada penghujung musim selepas gol Sadio Mane merapatkan jurang tiga mata dengan Manchester City di puncak carta liga.

Kekalahan itu menyaksikan West Ham masih ketinggalan dua mata untuk berada dalam kelompok empat teratas dan bermain lebih banyak perlawanan daripada pasukan lawan mereka untuk perebutan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

Namun skuad David Moyes pastinya kecewa selepas terlepas banyak peluang untuk sekurang-kurangnya mendapatkan satu mata seterusnya memberi kelegaan buat City bernafas sebagai pendahulu.

Skuad bimbingan Pep Guardiola boleh menjarakkan kedudukan dengan kelebihan enam mata apabila mereka melayan kunjungan Manchester United di Etihad tengah malam ini.

"Anda tidak boleh menang bila hanya anda beraksi dengan baik. Hari ini kami jelas sekali tidak bagus dan perlu berusaha lebih lagi.

"Saya tidak tahu jika kami akan ingat perlawanan ini sebagai salah satu perlawanan penting. Anda perlu mengatasi garisan penamat dan saya gembira dengan itu.

"Jika anda tidak teratur anda perlu bertahan dengan bersungguh-sungguh dan itulah yang kami lakukan.

Selepas meraih gelaran Piala Liga minggu lalu, Liverpool masih berpeluang mencipta sejarah menang empat trofi.

Usaha mengejar City mungkin menjadi cabaran terbesar buat mereka tetapi menang lapan perlawanan liga berturut-turut mengurangkan tekanan ketika City juga tampak mampu mencari gelaran keempat daripada lima musim.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Mac 2022 @ 7:48 AM