REAKSI Klopp (tengah) menunggu majlis penyampaian pingat di Wembley, malam tadi. — FOTO Reuters
REAKSI Klopp (tengah) menunggu majlis penyampaian pingat di Wembley, malam tadi. — FOTO Reuters
AFP

LIVERPOOL mungkin gagal merampas Perisai Komuniti daripada Manchester City malam tadi namun ia tidak begitu menggusarkan pengurus Juergen Klopp.

Klopp menyatakan mereka boleh mencabar City memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini jika mempamerkan persembahan dominan seperti pada babak kedua di Wembley.

Liverpool mengakhiri kempen pramusim yang sukar – termasuk beberapa kekalahan dan kelewatan bintang utama kembali daripada tugasan antarabangsa.

“Saya amat berpuas hati mengenainya. Tiada pasukan bermain seperti City. Anda lihat dalam beberapa detik kami bergelut apabila mereka melakukan apa yang boleh mereka lakukan,” katanya.

RAHEEM Sterling (tengah) menjaringkan gol pertama City. — FOTO Reuters
RAHEEM Sterling (tengah) menjaringkan gol pertama City. — FOTO Reuters

“Tapi kami mengubah beberapa perkara dan sudah tentu pada babak kedua ia mengenai keinginan, tiada siapa berasa letih lagi dan saya amat sukakannya.”

Klopp agak merungut mengenai Liverpool yang terpaksa memulakan kempen Liga Perdana menentang Norwich Jumaat ini (awal pagi Sabtu waktu Malaysia) manakala City membuka tirai di West Ham, Sabtu ini.

Namun beliau menjelaskan tiada alasan ketika Liverpool memburu kejuaraan pertama Inggeris sejak 1990.

“Kami akan cuba segala-galanya. Pemain kelihatan dahagakan kemenangan. Kami berjuang hari ini. Kedua-dua pasukan terdesak mahu menang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Ogos 2019 @ 9:39 AM