Pep Guardiola. -FOTO Agensi
Pep Guardiola. -FOTO Agensi
AFP

London: Pep Guardiola menggesa bintang Manchester City untuk menunjukkan 'personaliti; mereka ketika pengendali dari Sepanyol itu akan berkunjung ke Real Madrid untuk perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara esok.

Pasukan bimbingan Guardiola itu akan berkunjung ke Madrid dengan kelebihan tipis 4-3 selepas perlawanan pertama yang mendebarkan minggu lalu di Stadium Etihad.

Dengan tempat ke final Liga Juara-Juara menjadi taruhan, Guardiola mungkin selesa dengan rekod mengagumkan di Stadium Bernabeu, stadium yang menghantui Real.

Guardiola tidak pernah gentar berdepan dengan Real di padang mereka.

Mereka menang enam kali dan hanya kalah sekali dari sembilan kunjungan ketika membimbing City, Barcelona dan Bayern Munich.

Guardiola hadir di Bernabeu mengendalikan Barcelona dan menewaskan Real 6-2 pada 2009.

Dia juga mengatur kemenangan 2-0 pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Real pada 2011 yang seterusnya membawa Lionel Messi dan pasukannya meraih trofi kedua Liga Juara-Juara.

Ketika City jelas menjadi pasukan lebih baik pada pusingan pertama berdepan Real minggu lalu, mereka tidak mampu membenam terus cabaran lawan itu kerana penyudah kurang berkesan selain pertahanan longgar.

Secara keseluruhannya Guardiola memenangi 12 dari 20 perlawanan kendaliannya ke atas Real di tempat sendiri dan di tempat lawan.

Namun Guardiola tersingkir di separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Real pada 2014 apabila Bayern Munich yang dibimbingnya di belasah dengan agregat 5-0 oleh Los Blancos.

Justeru dia tidak boleh memandang rendah pasukan Carlo Ancelotti dan berkata: "Saya pernah kalah dan menang ke atas mereka. Anda bermain beratus-ratus kali menentang musuh, anda menang dan kalah dan tiada satupun daripada itu (sejarah lampau) masuk ke dalamnya.

"Bakat yang mereka ada, satu-satunya cara untuk mengalahkan mereka dan menjadi lebih baik.

"Untuk memenangi pertandingan ini, dalam pengalaman kecil saya, anda perlu mengatasi situasi yang timbul dan anda perlu beraksi dengan sangat baik dalam dua perlawanan," kata Guardiola.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2022 @ 9:42 AM