GUARDIOLA pada sidang media sebelum pertembungan menentang Real Madrid di separuh akhir Liga Juara-Juara. FOTO Reuters
GUARDIOLA pada sidang media sebelum pertembungan menentang Real Madrid di separuh akhir Liga Juara-Juara. FOTO Reuters
AFP

Madrid: Mencari peluang untuk membalas dendam terhadap Real Madrid dalam kempen Liga Juara-Juara akan menjadi kesilapan besar Manchester City, kata Pep Guardiola menjelang pertembungan separuh akhir mereka esok.

Jurulatih City itu berkata, pasukannya akan mencuba dan memanfaatkan 'peluang' dan bukannya menyasarkan untuk pasukan Carlo Ancelotti itu membayar balik kerana menyingkirkan mereka pada peringkat yang sama musim lalu.

Bekas pemain Barcelona dan pengurus berselisih dengan pemain tengah City, Rodri yang berkata mereka ingin membalas dendam terhadap pemenang 14 kali itu di Santiago Bernabeu.

"Ia akan menjadi satu kesilapan besar, kami di sini bukan untuk membalas dendam, kami hanya mencari peluang," kata Guardiola.

"Musim lalu kami melakukan segala-galanya, lebih daripada segala-galanya untuk mara ke final, tetapi (dalam) bola sepak... ia tidak mencukupi."

City tidak pernah menjulang trofi tetapi Madrid sudahpun menang lima kali dalam sembilan musim terakhir.

Skuad Guardiola menewaskan Madrid 4-3 pada perlawanan pertama musim lalu dan mendahului satu gol dalam aksi timbal balik, sehingga dua gol lewat Rodrygo Goes memaksa masa tambahan.

Karim Benzema menjaringkan penalti pada masa tambahan untuk membawa Madrid ke final di Paris yang mana mereka menewaskan Liverpool.

"Saya rasakan kami bermain 180 minit dengan cemerlang tetapi kadang-kala ia tidak mencukupi. Anda boleh kehilangan apa saja dalam masa lima minit," kata pemain tengah Sepanyol, Rodri.

"Anda perlu membunuh pihak lawan apabila anda boleh. Kami belajar dari masa lalu tetapi saya tidak suka bercakap tentang masa lalu.

Guardiola memang bersetuju dengan Rodri bahawa City bermain dengan baik sepanjang kedua-dua perlawanan musim lalu, walaupun akhirnya tersingkir.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mei 2023 @ 9:22 AM