AKSI Benzema melakukan sepakan penalti ketika menentang Osasuna.
AKSI Benzema melakukan sepakan penalti ketika menentang Osasuna.
AFP

Madrid: Karim Benzema terlepas dua penalti dalam tempoh tujuh minit namun bukan penghalang buat Real Madrid menewaskan Osasuna 3-1 bagi mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu La Liga.

Benzema memburu jaringan ke-45 musim ini tetapi dua kali dinafikan penjaga gol Sergio Herrera ketika Madrid mendahului 2-1 di El Sadar.

Tetapi Osasuna gagal mencari gol penyamaan pada babak kedua dan Madrid meledak gol ketiga menerusi Vinicius Junior pada masa kecederaan.

Jaringan pendahuluan David Alaba disamakan pemain Osasuna, Ante Budimir sebelum Marco Asensio kembali meletakkan Madrid di depan sejurus sebelum tamat babak pertama.

Carlo Ancelotti tidak bimbang dengan kegagalan Benzema menjaringkan penalti.

"Jika ada satu lagi penalti, dia tidak akan gagal," kata Ancelotti.

Madrid kini 17 mata di puncak La Liga, mengatasi Atletico Madrid di tangga kedua yang terlepas peluang menjarakkan diri dalam persaingan empat teratas selepas seri 0-0 dengan Granada.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 April 2022 @ 8:10 AM