Pemain Liverpool, Diogo Jota meraikan jaringan berdepan Everton. FOTO EPA
Pemain Liverpool, Diogo Jota meraikan jaringan berdepan Everton. FOTO EPA
Agensi

London: Tonggak Liverpool, Diogo Jota dan Trent Alexander-Arnold kedua-duanya berada dalam senarai pendek Anugerah bulanan Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi November.

Sepanjang ketiadaan Roberto Firmino, Jota berjaya melaksanakan tugasnya dengan berkesan buat skuad kendalian Jurgen Klopp sejak beberapa minggu lalu, dia menjaringkan gol menarik menentang Southampton begitu juga meledak berdepan Arsenal dan Everton.

Sementara, Alexander-Arnold turut menjaringkan gol menarik dan membantu menghasilkan jaringan ketika kekalahan kepada West Ham sebelum mencipta gerakan untuk dua gol berdepan skuad Gunners dan turut membantu dalam jaringan menentang Southampton.

Kedua-dua mereka kini berpotensi memenangi anugerah bulanan Pemain Terbaik EPL, dengan tonggak Manchester City, Joao Cancelo dan Bernardo Silva turut berada dalam senarai pendek memenangi anugerah itu disamping pemain Watford, Emmanuel Dennis dan pemain Aston Villa, John McGinn.

Michail Antonio, Cristiano Ronaldo dan Mohamed Salah memenangi tiga anugerah individu terawal musim 2021-22 dan turut merangkul anugerah sama berdasarkan prestasi sepanjang Oktober.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Disember 2021 @ 8:33 PM