ALEXANDER-Arnold cemerlang bersama Liverpool musim ini.
ALEXANDER-Arnold cemerlang bersama Liverpool musim ini.
Agensi

London: Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool menerima berita buruk apabila Trent Alexander-Arnold terpaksa diketepikan untuk tempoh beberapa minggu.

Pemain antarabangsa England itu beraksi cemerlang bersama skuad Jurgen Klopp musim ini tetapi kini perlu menghabiskan masa agak lama untuk pemulihan lutut.

Penolong pengurus Liverpool, Pepijn Lijnders mengesahkan pemain berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan lutut ketika Liverpool menentang Arsenal Ahad lalu.

Bercakap di laman web Liverpool, dia berkata: "Pertamanya, berita kurang baik, Trent alami kecederaan lutut berulang ketika aksi terakhir.

"Ligamennya terkoyak dan perlukan masa untuk pulih. Dia menjalani imbasan dan perlukan masa beberapa minggu. Kita tunggu perkembangan selepas itu.

"Dia perlu berehat dan harap dia proses pemulihannya berjalan lancar. Dia berperanan penting dalam semua perlawanan dan kerap mencipta peluang untuk rakan sepasukan. Kami pasti terasa ketiadaannya."

Alexander-Arnold dijangka terlepas enam perlawanan Liberpool sekali gus tamparan hebat kepada skuad Klopp yang menduduki takhta EPL hasil tiga bantuan jaringan ciptaan daripada pertahanan kanan itu selain dua golnya sendiri musim ini.

Namun penyokong Liverpool boleh menarik nafas lega dengan kehadiran semula Virgil van Dijk yang dijangka kembali beraksi selepas terisih perlawanan dengan Arsenal.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2024 @ 9:22 AM