SALAH (kiri) kejar masa untuk sembuh menjelang aksi final Piala Liga. FOTO AFP
SALAH (kiri) kejar masa untuk sembuh menjelang aksi final Piala Liga. FOTO AFP
Reuters

London: Penolong pengurus Liverpool, Pep Lijnders berharap penyerang, Mohamed Salah akan cergas untuk perlawanan akhir Piala Liga Ahad ini menentang Chelsea, tetapi berkata penyertaannya masih diragui.

Kedua-dua Salah dan rakan penyerang, Darwin Nunez terlepas perlawanan menentang Luton Town selepas beraksi bersama ketika bertemu Brentford pada hujung minggu.

"Dominik (Szoboszlai), Darwin dan (Salah), kita benar-benar perlu lihat. Kami mempunyai dua hari lagi," kata Lijnders kepada pemberita pada Jumaat.

"Kemudian kami akan menyemak sama ada mereka boleh berada di sana. Alangkah baiknya jika dapat berterus terang."

Liverpool akan ke final dengan beberapa pemain berdepan masalah kecederaan, tambah Ljinders.

"Curtis (Jones) terseliuh otot buku lali dan akan berehat sehingga sekitar rehat perlawanan antarabangsa," katanya.

"Trent (Alexander-Arnold) mengalami kecederaan ligamen dan akan diketepikan sehingga selepas rehat perlawanan antarabangsa. Diogo Jota mengalami kecederaan ligamen."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Februari 2024 @ 11:19 PM