REAKSI kecewa Pique dan pemain Barcelona selepas tamat perlawanan menentang Galatasaray di Camp Nou, minggu lalu.
REAKSI kecewa Pique dan pemain Barcelona selepas tamat perlawanan menentang Galatasaray di Camp Nou, minggu lalu.
AFP

Paris: Barcelona dan Sevilla berharap dapat mengesahkan tiket ke suku akhir Liga Europa ketika tiga kelab Sepanyol masih lagi meneruskan cabaran dalam kejohanan yang dikuasai pasukan La Liga sejak beberapa tahun lalu.

Barca yang berkunjung ke Istanbul untuk aksi kedua peringkat 16 terakhir menentang Galatasaray belum tewas dalam 10 perlawanan terakhir dan melonjak ke tangga ketiga La liga sekali gus muncul pasukan pilihan menjuarai Liga Europa.

"Penyokong gembira kembali ke stadium, begitu juga kami di atas padang," kata Gerard Pique yang beraksi kali ke-600 bersama Barcelona ketika menewaskan Osasuna 4-0 Ahad lalu.

"Keputusan kembali milik kami dan berharap ia berterusan sehingga penghujung musim," menurut pertahanan tengah veteran itu dalam laman web kelab.

Tetapi skuad Xavi Hernandez terikat 0-0 di tempat sendiri menentang Galatasaray pada aksi pertama Liga Europa minggu lalu sekali gus perlu bekerja keras untuk mara ke suku akhir.

Sementara itu, Sevilla terbang ke London menentang West Ham United dengan berbekal kemenangan 1-0 pada aksi pertama menerusi jaringan Munir El Haddadi.

Enam kali seri dalam lapan aksi terakhir liga tampak menamatkam impian gelaran liga mereka apabila ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Real Madrid.

Tetapi mereka masih berpeluang meneruskan kecemerlangan di Liga Europa selepas menjulangnya enam kali dengan kesemuanya selepas 2006.

Kelab Sepanyol menjuarai tujuh daripada 10 edisi terakhir Liga Europa termasuk tahun lalu apabila Villarreal menewaskan Manchester United menerusi penentuan penalti di final.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mac 2022 @ 11:38 AM