MBAPPE bakal berpindah ke Real Madrid musim depan.
MBAPPE bakal berpindah ke Real Madrid musim depan.
AFP

Metz, Perancis: Kylian Mbappe tidak muncul ketika juara Paris Saint-Germain menamatkan musim Ligue 1 dengan menewaskan Metz 2-0, awal pagi tadi.

Kapten Perancis itu yang akan meninggalkan PSG pada penghujung kempen selepas tujuh tahun, sebelum ini terlepas aksi ketika pasukannya menang 2-1 di Nice akibat kecederaan hamstring.

Dia tidak mengikuti pasukannya ke Metz dan dia antara tonggak utama yang direhatkan jurulatih Luis Enrique yang skuadnya sudah pun meraih gelaran.

Ousmane Dembele, Gianluigi Donnarumma, Marquinhos dan Vitinha turut tidak beraksi tetapi PSG tiada masalah meraih kemenangan hasil jaringan awal Carlos Soler dan ee Kang-in.

Mbappe masih dijangka beraksi perlawanan terakhir untuk PSG pada final Piala Perancis menentang Lyon minggu depan sebelum bakal berpindah ke Real Madrid musim depan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2024 @ 11:49 AM