DE Jong meledak jaringan kemenangan Barcelona. FOTO Reuters
DE Jong meledak jaringan kemenangan Barcelona. FOTO Reuters
Reuters:

Madrid: Jaringan lewat Frenkie de Jong membolehkan Barcelona menang 1-0 di Alaves dalam aksi La Liga dan meraih tiga mata untuk skuad Xavi Hernandez yang sekali lagi bergelut menewaskan kelab bawahan.

Alaves terlepas beberapa peluang terbaik sebelum Barcelona memecahkan kebuntuan pada minit ke-87 apabila De Jong menolak bola masuk dari jarak dekat selepas menerima hantaran Ferran Torres.

Barcelona yang sudah pun tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara dan Copa del Rey musim ini melonjak ke tangga kelima dengan 35 mata daripada 21 perlawanan. Mereka ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu Real Madrid dan satu mata di belakang Atletico Madrid yang menduduki tangga keempat.

"Kemenangan ini sangat penting kerana situasi kami dalam liga dan musim yang sukar tetapi banyak perkara perlu kami lakukan dan perbaiki," kata de Jong.

Perlawanan berlangsung hambar di Stadium Mendizorrotza dengan pemain mengadu permukaan padang yang tidak selesa.

Alaves kekal di tangga ke-19 dengan 17 mata daripada 22 perlawanan, tiga mata daripada zon selamat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 January 2022 @ 8:43 AM