MBAPPE (kiri) dan Lionel Messi dijangka akan bertembung sekali lagi pada perlawanan kedua. FOTO AFP
MBAPPE (kiri) dan Lionel Messi dijangka akan bertembung sekali lagi pada perlawanan kedua. FOTO AFP
AFP

Madrid: "Ayuh ke Paris dan sama-sama saksikan jika kita boleh bangkit semula."

Demikian laungan Joan Laporta selepas beliau serta pasukannya memenangi kerusi Presiden Barcelona, Ahad lalu.

Sepertimana beliau memenangi jawatan itu semula, begitulah harapan Laporta mahu menyaksikan kebangkitan Barcelona di Paris apabila bertemu Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, Khamis ini.

Barcelona berdepan tugas sukar apabila tewas 1-4 pada perlawanan pertama di Camp Nou yang menyaksikan Kylian Mbappe serta rakan sepasukannya 'mengamuk'.

"Saya tidak pasti adakah akan ada peluang lagi. Ia pasti sangat sukar dan kami semua menyedarinya," kata Frenkie de Jong.

"Selepas tewas 1-4 di tempat sendiri, saya tidak mahu berselindung dengan anda bahawa peluang untuk mara sangat tipis," kata Ronald Koeman.

Ketika Barcelona seri bertemu Cadiz di tempat sendiri minggu berikutnya, Koeman berkata beliau lebih kecewa dengan keputusan itu berbanding tewas di tangan PSG.

"Mungkin saya bersikap lebih realistik berbanding orang lain," kata Koeman.

Sejak itu, Barcelona melakar empat kemenangan berturut-turut, meledak 10 gol serta tidak dibolosi.

Mereka hanya ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu La Liga, Atletico Madrid selain mara ke final Copa del Rey.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mac 2021 @ 12:39 PM