BARISAN pemain Barcelona meraikan kejayaan menewaskan Deportivo Linares pada saingan Piala Raja-Raja Sepanyol, Rabu lalu. FOTO EPA
BARISAN pemain Barcelona meraikan kejayaan menewaskan Deportivo Linares pada saingan Piala Raja-Raja Sepanyol, Rabu lalu. FOTO EPA
AFP

Madrid: Barcelona berpeluang kembali menduduki kelompok empat terbaik liga untuk meraih tiket ke Liga Juara-Juara selepas proses pemulihan kelab itu di bawah bimbingan Xavi Hernandez tampak mula membuahkan hasil.

Barca tidak pernah tewas dalam lima perlawanan terakhir menjelang kunjungan ke Granada, Ahad ini namun jurang 15 mata dengan pendahulu liga, Real Madrid memberi peringatan kepada mereka bahawa perjalanan masih jauh.

Kemenangan ke atas Linares Deportivo, Mallorca dan Elche selain seri dengan Sevilla serta Osasuna menunjukkan peningkatan prestasi di Camp Nou.

Bagi pasukan yang menduduki tangga kesembilan bulan lalu, sekurang-kurangnya mereka kini boleh mengharapkan kepada barisan pemain muda.

Presiden Barca, Joan Laporta pada minggu ini menegaskan kebangkitan Barcelona kini sudah bermula.

"Setiap orang harus bersedia kerana kini kami kembali dengan keinginan tinggi untuk melakukan yang terbaik," kata Laporta ketika memperkenalkan pemain yang baru ditandatangani, Ferran Torres.

"Kami memperoleh status kami semula. Barcelona kini sudah bangkit semula."

Namun di sebalik kehadiran pemain paling berbakat Sepanyol itu, ia juga mendedahkan realiti masalah kewangan kelab berkenaan.

Torres sudah menurunkan tandatangannya tetapi masih tidak boleh beraksi sehinggalah Barcelona mempunyai wang yang cukup untuk mematuhi had perbelanjaan La Liga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 January 2022 @ 10:47 AM