FERRAN Torres. -FOTO EPA
FERRAN Torres. -FOTO EPA
AFP

Manchester: Barcelona bersetuju dengan nilai bayaran 55 juta euro (RM262.45 juta) untuk penyerang Manchester City, Ferran Torres, menurut laporan media Sepanyol dan England, semalam.

Penyerang antarabangsa Sepanyol berusia 22 tahun itu menyertai City dari Valencia dengan bayaran lebih £20 juta (RM112.32 juta) pada Ogos 2020.

Torres meledakkan 16 gol dalam 43 penampilan untuk juara Inggeris ketika City menjulang juara Liga Perdana, Piala Liga dan mara ke final Liga Juara-Juara sepanjang musim dia di Manchester.

Namun musimnya di City terganggu apabila mengalami kecederaan patah kaki yang menyaksikannya disisihkan sejak Oktober.

Barca kini sedang berusaha memperkuatkan barisan hadapan mereka selepas penjaring sepanjang zaman City, Sergio Aguero terpaksa bersara awal bulan ini kerana masalah jantung, hanya beberapa bulan bersama gergasi Catalan itu.

Biarpun sudah tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara di peringkat kumpulan buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun, Barca kini berusaha untuk layak ke saingan itu musim depan dan mereka kini menduduki tangga ketujuh La Liga menjelang cuti musim sejuk.

Bagaimanapun mereka mungkin berdepan masalah mendaftarkan Torres dengan had gaji yang dikenakan oleh La Liga.

Pemergian Lionel Messi ke Paris Saint-Germain kerana kelab berkenaan tidak dapat mengekalkan pemain Argentina itu kerana bebanan hutang yang semakin meningkat.

Barca mencatatkan kerugian sebanyak 481 juta euro (RM2,295 juta) musim lalu dengan hutang kasar sekitar 1.35 bilion euro (RM6.44 bilion).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Disember 2021 @ 10:24 AM