LEWANDOWSKI boleh terus pecahkan rekod jika terus bersama Bayern. -FOTO Agensi
LEWANDOWSKI boleh terus pecahkan rekod jika terus bersama Bayern. -FOTO Agensi
Agensi

London: Gol pada minit ke-87 ketika Bayern Munich melakarkan kemenangan 4-0 ke atas VfL Wolfsburg, membolehkan Robert Lewandowski memecah satu lagi rekod jaringan Gerd Muller.

Dengan gol ke-43 Bundesliga sepanjang 2021, dia memecahkan rekod Muller dalam Bundesliga yang dijaringkan dalam tempoh satu musim iaitu 42 gol yang dicipta sepanjang musim 1971/72.

Secara keseluruhan dia kini mencetak 69 gol di belakang rekod jaringan sepanjang masa Muller di Bundesliga.

Lewandowski terus bertambah ghairah menambah gol seiring dengan usianya dan dia tidak langsung menunjukkan tanda-tanda akan mengurangkan rentak dalam pemburuan gol.

Selagi dia kekal bersama Bayern untuk beberapa musim lagi, tiada sebab mengapa dia tidak boleh menyamai rekod sepanjang zaman Muller dalam Bundesliga.

Ia adalah kisah dongeng yang berakhir musim lalu apabila dia memecahkan rekod pada satu musim ketika perlawanan terakhir Bayern sewaktu melakarkan kemenangan selesa 5-2 mengatasi FC Augsburg.

"Ia satu penghormatan besar bagi saya sebaris dengan nama besar dan personaliti yang hebat. Saya tahu apa ertinya mempunyai rekod yang cemerlang itu. Ia tidak mudah," katanya.

Jika Lewandowksi terus meledakkan gol mengikut kemampuannya, ia memerlukan sekurang-kurangnya dua musim lagi untuk menyamai atau lebih baik daripada rekod sepanjang zaman Muller di Bundesliga, tapi dia mengakui ia bukan sesuatu yang berada dalam fikirannya ketika ini.

"Ada juga rekod yang tidak boleh dipecahkan. Ia tidak akan membantu jika terlalu memikirkannya. Ia datang dengan sendiri dan secara automatik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Disember 2021 @ 10:48 AM