LEWANDOWSKI (kiri) berjaya berkongsi kedudukan penjaring gol kedua terbanyak Bundesliga sepanjang zaman bersama Fischer. FOTO AFP
LEWANDOWSKI (kiri) berjaya berkongsi kedudukan penjaring gol kedua terbanyak Bundesliga sepanjang zaman bersama Fischer. FOTO AFP
AFP

Berlin: Bayern Munich berjaya mencatat kemenangan 3-1 ke atas Werder Bremen dengan Robert Lewandowski terus mencipta satu lagi kejayaan dari segi rekod jaringan di Bundesliga.

Bayern mendominasi perlawanan terakhir mereka sebelum menanti kunjungan Lazio dalam aksi kedua 16 akhir Liga Juara-Juara Khamis ini dengan kedudukan semasa mereka mendahului 4-1.

Jaringan Leon Goretzka dan Serge Gnarby meletakkan Bayern mendahului 2-0 sebelum Lewandowski meledak gol ke-32 liga musim ini.

"Dia berjuang untuk mencari rekod jaringan peribadi dan juga pasukan dalam setiap perlawanan.

"Kami sangat segar dan lebih aktif. Kami dapat mengawal permainan. Kami sepatutnya dapat menjaringkan lebih banyak gol," kata pemain tengah Bayern, Thomas Mueller.

Selepas percubaan mengenai tiang dan palang, Lewandowski akhirnya dapat meledak jaringan selepas sejam perlawanan berlangsung bagi menyamai rekod bekas penyerang Schalke, Klaus Fishcer 268 gol Bundesliga.

Hanya legenda Bayern, Gerd Mueller yang menjaringkan gol paling banyak dalam saingan Bundesliga iaitu 365 gol dalam 427 perlawanan liga.

Kemenangan itu membolehkan Bayern mendahului liga dengan kelebihan lima mata.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 9:59 AM