LEWANDOWSKI (kiri) melakukan percubaan ke gawang lawan. FOTO EPA
LEWANDOWSKI (kiri) melakukan percubaan ke gawang lawan. FOTO EPA
AFP

Berlin: Robert Lewandowski menyamai rekod jaringan yang berusia 49 tahun Gerd Mueller apabila meledakkan gol ke-40 Bundesliga selepas pasukannya seri 2-2 di Freiburg malam tadi.

Lewandowski menyamai gol Mueller yang dilakukan dalam 34 perlawanan pada 1971/72 dalam hanya 28 perlawanan liga musim ini.

"Ia penghormatan besar buat saya dan sejarah moden Bundesliga," kata Lewandowski.

Lewandowski menyempurnakan penalti buat pasukan juara itu selepas 26 minit untuk menyamai pencapaian Mueller.

Ketika meraikan penalti, penyerang Poland itu mengangkat jersi yang dipakainya untuk menunjukkan gambar Gerd Mueller dengan tulisan "4ever Gerd."

"Saya tidak pernah membayangkan bahawa ini boleh berlaku. Apa dilakukan Gerd Mueller ialah sesuatu yang menakjubkan. Berkongsi rekod dengannya membuatkan saya sangat sangat bangga," kata Lewandowski.

Lewandowski masih boleh memecahkan rekod Mueller apabila Bayern memiliki satu perlawanan dalam kempen kali ini di laman sendiri berdepan Augsburg Sabtu depan. -

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Mei 2021 @ 10:13 AM