HOPPE (tengah) meledak hatrik bantu kemenangan Schalke. FOTO EPA
HOPPE (tengah) meledak hatrik bantu kemenangan Schalke. FOTO EPA
AFP

Berlin: Schalke berjaya mengelak daripada menyamai rekod 31 perlawanan berturut-turut tanpa kemenangan dalam saingan Bundesliga apabila pemain Amerika Matthew Hoppe melakarkan jaringan hatrik untuk pasukan itu melakarkan kemenangan 4-0 ke atas Hoffenheim.

"Saya dapat menggunakan peluang saya," kata Hoppe yang menjadi pemain Amerika pertama menjaringkan hatrik dalam aksi Bundesliga.

"Kemenangan itu memberi kami keyakinan dan momentum, Tinggal 19 perlawanan lagi dan semoga kami boleh terus kekal di divisyen pertama.

Selepas mengharungi 30 perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga, Royal Blues menikmati kemenangan pertama Bundesliga dalam masa kurang setahun dengan pemain berusia 19 tahun itu Hoppe menyempurnakan tiga gol hasil bantuan pemain antarabangsa Morocco Amine Harit, yang meledakkan gol keempat.

Selepas mencatat kemenangan hanya pada perlawanan kedua yang dikendalikannya, jurulatih Christian Gross memuji Hoppe dan penampilan penjaga gol Ralf Faehrmann yang mempamerkan aksi 'luar biasa'.

"Kami membina hasilnya. Masih banyak perlawanan sukar selepas ini," kata Gross yang sebelum ini menyaksikan Bayern Munich membelasah Schalke 8-0 pada perlawanan pembukaan musim ini dua minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2021 @ 12:07 PM