DE Bruyne dan Salah antara lapan calon penerima anugerah pemain terbaik. -FOTO Agensi
DE Bruyne dan Salah antara lapan calon penerima anugerah pemain terbaik. -FOTO Agensi
Agensi

London: Bintang Manchester City Kevin de Bruyne dan Mohamed Salah dari Liverpool antara lapan calon penerima anugerah pemain Liga Perdana musim ini.

Pemain tengah, De Bruyne dan penyerang Salah kedua-duanya pernah memenangi anugerah berkenaan sebelum ini.

Dua pemain City dan Liverpool dicalonkan dengan Joao Cancelo dan Trent Alexander-Arnold turut disenaraikan.

Pemain sayap, West Ham Jarrod Bowen, penyerang Arsenal Bukayo Saka, bintang Tottenham Son Heung-min dan kapten Southampton James Ward-Prowse melengkapkan senarai pencalonan.

City berada di puncak Liga Perdana mendahului saingan kejuaraan meninggalkan Liverpool di tempat kedua dengan tiga mata masing-masing mempunyai baki dua perlawanan.

Penyerang Mesir, Salah kini mendahului senarai kasut emas dengan 22 gol manakala De Bruyne menjaringkan 15 gol dan tujuh kali membantu jaringan.

Kedua-dua mereka berada dalam senarai pendek musim lalu dengan pemain tengah City Ruben Dias dinobatkan sebagai pemenang anugerah.

Pemenang akan ditentukan melalui undian daripada orang ramai di laman web Liga Perdana dan digabungkan dengan undian dari 20 kapten kelab Liga Perdana dan panel dari pakar bola sepak dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mei 2022 @ 11:54 AM