Penyerang Wolves dan Portugal, Diogo Jota. FOTO File Agensi
Penyerang Wolves dan Portugal, Diogo Jota. FOTO File Agensi
Agensi

PENYERANG Wolves dan Portugal, Diogo Jota percaya Liga Perdana Inggeris (EPL) dapat dilengkapkan sekalipun pembatalan beberapa saingan liga utama Eropah kerana Covid-19.

Musim liga Belanda Eredivisie sudah ditamatkan pada Jumaat dan saingan liga utama Belgium dijangka mengikut jejak langkah itu.

Namun kerajaan UK sedang mengatur beberapa pertemuan dalam usaha untuk membantu sukan elit kembali semula dengan secepat yang mungkin.

"Saya percaya Liga Perdana mampu ditamatkan," kata Jota kepada BBC Sport.

Pemain berusia 23 tahun, yang menewaskan tonggak Liverpool, Trent Alexander-Arnold untuk memenangi kejohanan Jemputan Liga ePremier Fifa 20 pada Sabtu, menambah : "Kita tidak perlu lihat kepada negara lain. Setiap negara mempunyai masalah masing-masing dan harus dihadapi mereka.

"Walaupun beberapa liga boleh ditamatkan serta merta, ada di antaranya akan kembali semula tidak lama lagi.

"Saya tahu hampir setiap negara di dunia mahu menyaksikan saingan Liga Perdana jadi ia adalah kemestian untuk kita menamatkan musim ini.

"Sememangnya kesihatan menjadi keutamaan dan apabila semuanya sudah bersedia untuk dimulakan kita dapat menamatkan musim ini."

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 April 2020 @ 11:55 AM