ADRIANO meraikan jaringan ketika menentang  KL City FC.
ADRIANO meraikan jaringan ketika menentang KL City FC.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Pemain Melaka United diingatkan supaya tidak mendabik dada apabila berjaya meraih kelebihan gol di tempat lawan menjelang aksi timbal balik separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Jumaat ini

itu diluahkan pengendali pasukan, Zainal Abidin Hassan yang mahu anak didiknya lebih bersedia menanti kunjungan Kuala Lumpur City FC (KL City) selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Cheras.

Katanya, serangan balas pasukan KL City cukup bahaya dan beliau akan memastikan pemain bersedia mengekang kelebihan lawannya itu.

"Bagi saya gol tempat lawan memang kita ada sedikit kelebihan di situ, tetapi (separuh akhir kedua) apa-apa boleh berlaku. Dalam dua tiga hari ini, kita akan siapkan kita punya strategi bermain di tempat sendiri supaya yang pertama, kita ingin 'clean sheet' bermain di tempat sendiri.

"Kedua kita perlu mencipta lebih banyak peluang sebagaimana sebelum ini kita dapat cipta peluang," katanya.

Jelasnya lagi, gol penyamaan KL City di minit ke-26 hasil tandukan Zhafri Yahya adalah bukti bahawa serangan balas pemain Bojan Hodak cukup bahaya biarpun Melaka sebelum itu terlebih dulu di depan hasil sepakan percuma, Adriano Narcizo.

"Pemain-pemain kena lebih fokus dengan serangan KL bila bermain di tempat kita sendiri Jumaat ini, InsyaAllah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 November 2021 @ 10:43 PM