CONTE (kiri) puas berjaya meraih tiga mata di laman sendiri. FOTO EPA
CONTE (kiri) puas berjaya meraih tiga mata di laman sendiri. FOTO EPA
AFP

Manchester: Tottenham memerlukan kebangkitan di separuh masa kedua untuk memberikan kemenangan pertama liga buat Antonio Conte di laman sendiri dengan menumpaskan Leeds 2-1.

Leeds yang hanya dipisahkan dengan dua mata di atas zon penyingkiran cuba untuk merosakkan penampilan pertama perlawanan liga Conte di laman sendiri sejak beliau menggantikan Nuno Espirito Santo.

Tottenham tidak berjaya melakukan sebarang percubaan tepat dalam dua aksi liga sebelum ini dan terdapat sedikit perubahan pada 45 minit pertama.

Walaupun tanpa tonggak utama, Raphinha dan Patrick Bamford, pemain muda Leeds berjaya beraksi dengan baik apabila berada di depan pada separuh masa pertama hasil gol pertama Daniel James dengan kelab berkenaan.

Harry Kane berjaya meledak dua hatrik berturut-turut ketika bersama England dalam perlawanan antarabangsa, namun dia hanya menjaringkan satu gol bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Bagaimanapun, Spurs berjaya memperoleh jaringan penyamaan melalui Pierre-Emile Hojbjerg selepas sejam perlawanan berlangsung.

Sergio Reguilon berjaya meledak gol kemenangan hasil jaringan pertamanya bersama Spurs berpunca daripada sepakan percuma Eric Dier.

"Ini adalah mata untuk permulaan. Saya berkata kepada pemain, mereka harus faham jika mahu sesuatu, mereka harus melakukannya.

"Pada separuh masa kedua kami mengubah taktik dan kami juga mahu bermain dengan intensiti yang sama seperti Leeds," kata Conte.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 November 2021 @ 9:39 AM