HEUNG Min jelas kecewa selepas Spurs tumpas kepada Leeds. FOTO EPA
HEUNG Min jelas kecewa selepas Spurs tumpas kepada Leeds. FOTO EPA
AFP

Leeds: Leeds United mengalahkan Tottenham 3-1 untuk meletakkan impian Spurs menduduki slot empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi semakin sukar.

Son Heung Min memadamkan gol awal Stuart Dallas pada pertengahan babak pertama namun Patrick Bamford kembali meletakkan tuan rumah di depan sebelum rehat.

Pemain gantian, Rodrigo mengesahkan kemenangan Leeds dengan jaringan ketiga pada hujung permainan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Mei 2021 @ 11:17 PM