BAMFORD (dua kanan) meraikan gol keduanya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
BAMFORD (dua kanan) meraikan gol keduanya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
AFP

Birmingham: Marcelo Bielsa menegaskan Patrick Bamford berhak menerima pujian selepas meledak hatrik ketika Leeds melakar kemenangan 3-0 ke atas Aston Villa hari ini.

Skuad bimbingan Bielsa kini naik di tangga ketiga Liga Perdana hasil tiga gol Bamford dalam tempoh 19 minit pada separuh masa kedua di Villa Park.

Bamford hanya menjaringkan satu gol daripada 27 penampilan di Liga Perdana sebelum ini namun dia sudah pun menjaringkan enam gol sepanjang enam perlawanan musim ini.

Hatrik itu memberi kenangan manis kepada pemain berusia 27 tahun itu yang melalui tempoh berliku untuk menutup kritikan terhadapnya.

Bamford dipinjamkan sebanyak tujuh kali daripada akademi Chelsea sebelum berhijrah ke Middlesbrough dan kemudian beraksi di bawah bimbingan Bielsa di Leeds.

"Ia impian menjadi kenyataan. Sebaik menjaringkan gol ketiga saya sangat gembira," kata Bamford.

"Kejayaan ini adalah kerjasama daripada rakan sepasukan. Tanpa mereka saya tidak dapat menjaringkan gol.

"Marcelo memberi kepercayaan kepada saya. Orang berkata Bielsa hanya mencipta mitos, tetapi kami membuktikan Leeds mampu bersaing," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 9:56 AM