PEMAIN Jerman meraikan kemenangan ke atas Macedonia Utara. FOTO AFP
PEMAIN Jerman meraikan kemenangan ke atas Macedonia Utara. FOTO AFP
AFP

Skopje: Juara empat kali, Jerman menjadi pasukan pertama melayakkan diri ke Piala Dunia 2022 di Qatar selepas mereka membelasah Macedonia Utara 4-0 di Skopje.

Pasukan bimbingan Hansi Flick itu menebus kembali kekalahan mengejut 1-2 kepada Macedonia Utara awal tahun ini dengan mencatat kemenangan ketujuh daripada lapan perlawanan kelayakan.

Jerman mengungguli Kumpulan J dengan kelebihan lapan mata dan masih mempunyai baki dua lagi perlawanan.

Kejayaan itu turut dibantu dengan kemenangan 1-0 Romania ke atas Armenia di Bucharest untuk membolehkan Jerman ke Piala Dunia buat kali ke-18 berturut-turut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Oktober 2021 @ 6:50 AM